Home » REIC MALAYSIA – NOTIS PRIVASI
REIC MALAYSIA – NOTIS PRIVASI
Semakan Terakhir: 10/06/2026
1. Pengenalan
Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta tersebut”) dan peraturannya, notis ini dikeluarkan kepada semua pelanggan yang dihargai dan/atau bakal pelanggan kami. Notis ini akan memaklumkan anda tentang hak-hak anda berkenaan data peribadi anda yang telah dan/atau akan dikumpul dan diproses oleh pihak kami.
2. Pengumpulan Data Peribadi
Kami telah mengumpul dan akan mengumpul data peribadi anda untuk diproses oleh kami dan/atau bagi pihak anda semasa urusan anda pada masa kini atau masa hadapan dengan REIC Sdn Bhd, anak syarikatnya, syarikat bersekutunya (“kami” atau “Syarikat”). Data peribadi anda membolehkan kami mencapai tujuan yang dinyatakan di sini yang berkaitan dengan perniagaan kami.
- Penyimpanan Data: Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda selagi ia diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, termasuk untuk tujuan memenuhi sebarang keperluan undang-undang, kawal selia, perakaunan, atau pelaporan. Apabila data peribadi anda tidak lagi diperlukan, ia akan dimusnahkan dengan selamat atau dienonimkan (dijadikan tanpa nama) secara kekal.
3. Deskripsi Data Peribadi
Data peribadi yang kami kumpul dan proses mungkin merangkumi, tetapi tidak terhad kepada:
- Nama;
- Nombor Kad Pengenalan atau nombor Pasport;
- Jantina;
- Alamat e-mel dan nombor telefon;
- Alamat IP;
- Imej (pegun atau rakaman);
- Data peribadi sensitif dan sebarang Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) yang ditakrifkan oleh undang-undang atau piawaian privasi antarabangsa.
4. Tujuan Pengumpulan Data Peribadi
Syarikat akan menggunakan data peribadi pelanggan untuk tujuan berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda;
- Untuk langganan berita atau bahan promosi;
- Untuk tujuan penyimpanan rekod dalaman dan pemasaran;
- Untuk mematuhi kewajipan undang-undang dan kawal selia;
- Untuk mengekalkan komunikasi yang diperlukan dengan anda.
5. Sumber Data Peribadi
Syarikat mungkin mendapatkan data peribadi pelanggan dari sumber berikut termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Maklumat yang diperoleh secara langsung daripada anda melalui pelbagai cara seperti borang permohonan, interaksi laman web, dan kad perniagaan;
- Maklumat yang dikumpul secara automatik apabila menggunakan laman web pengguna data melalui “kuki” (cookies) dan teknologi penjejakan yang lain;
- Maklumat yang diperoleh daripada sumber sah lain seperti pangkalan data awam dan pihak ketiga yang diberi kuasa.
6. Pendedahan Data Peribadi
Kami mungkin mendedahkan data peribadi pelanggan kepada anak syarikat lain di dalam kumpulan kami, yang mana akan mengendalikan data tersebut sebagai sulit selaras dengan Polisi Privasi ini. Kami juga mungkin melibatkan pihak ketiga dalam pemprosesan data peribadi, termasuk:
- Pembekal Perkhidmatan, Kontraktor, dan Vendor (Pemproses Data);
- Penasihat profesional, termasuk juruaudit, akauntan, dan perunding;
- Badan kawal selia dan pihak berkuasa kerajaan.
Kami bertanggungjawab ke atas data peribadi di bawah kawalan kami dan mengambil setiap langkah untuk memberikan tahap perlindungan yang setanding sekiranya maklumat tersebut diproses oleh Vendor luar.
7. Keselamatan Data Peribadi
Syarikat menggunakan prosedur dan ciri keselamatan yang ketat untuk mengelakkan capaian yang tidak dibenarkan seboleh mungkin. Data peribadi yang diberikan melalui laman web, aplikasi, atau transaksi dalam talian kami dilindungi semasa penghantaran menggunakan penyulitan seperti Transport Layer Security (TLS). Apabila data peribadi disimpan, kami menggunakan sistem komputer dengan akses terhad yang ditempatkan di kemudahan yang menggunakan langkah-langkah keselamatan fizikal. Data yang disimpan dalam perkhidmatan awan (cloud) disimpan dalam bentuk tersulit, dan data di persekitaran bukan elektronik dikendalikan dengan prosedur perlindungan yang ketat.
8. Penggunaan Kuki (Cookies)
Kuki yang digunakan oleh Laman Web hanya dikaitkan dengan pengguna awanama (anonymous) dan komputer mereka serta tidak memberikan data peribadi mengenai pengguna. Terdapat kuki yang digunakan oleh pihak ketiga untuk memberikan Syarikat data tentang keberkesanan keterlibatan dan promosinya. Kuki tersebut sama sekali tidak mengumpul data peribadi yang boleh digunakan untuk mengenal pasti pengguna tertentu dan bersifat sementara untuk meningkatkan kecekapan penghantaran. Pengguna boleh menetapkan pelayar (browser) mereka supaya memberitahu mereka tentang penerimaan kuki dan menghalang pemasangannya.
- Persetujuan Kuki dan Pengesahan Status: Untuk memastikan ketelusan penuh, kami menggunakan perkhidmatan Cookie Script untuk menguruskan pilihan kuki anda. Anda boleh mengesahkan status penerimaan kuki semasa anda, menyemak kuki khusus yang sedang digunakan, atau mengubah/menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa dengan mengklik pautan tersebut.
9. Laman Web Pihak Ketiga
- Pautan ke Laman Luar: Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web, pemalam (plug-ins), dan aplikasi pihak ketiga. Mengklik pada pautan tersebut atau membolehkan sambungan tersebut mungkin membenarkan pihak ketiga mengumpul atau berkongsi data mengenai anda. Kami tidak mengawal laman web pihak ketiga ini dan tidak bertanggungjawab ke atas kenyataan privasi mereka. Kami menggalakkan anda untuk membaca notis privasi bagi setiap laman web yang anda lawati.
10. Pemindahan Data Peribadi
Kami komited untuk memberikan tahap perlindungan yang setanding bagi data peribadi sekiranya maklumat tersebut diproses, disimpan, atau digunakan di luar Malaysia oleh vendor, pakar, atau kumpulan korporat kami.
11. Tujuan Pemasaran dan Promosi
Selepas melanggan atau melibatkan diri dengan perkhidmatan kami, anda mungkin menerima e-mel atau panggilan pemasaran dan/atau promosi daripada kami, termasuk maklumat mengenai promosi dan acara akan datang. Jika anda tidak mahu menerima sebarang berita promosi, sila klik pautan “nyahlanggan” (unsubscribe) di bahagian bawah e-mel untuk dikecualikan daripada surat berita dan hubungan kami.
- Pengiklanan Web Automatik: Anda juga mungkin tertakluk kepada pengiklanan web automatik, iklan peribadi, dan kempen pemasaran penyasaran semula (retargeting) berdasarkan tingkah laku dalam talian anda dan interaksi anda dengan laman web kami. Anda boleh mengurus pilihan anda atau menarik diri (opt-out) daripada pengiklanan berasaskan minat sedemikian pada bila-bila masa dengan memadam, menyekat, atau mengurus kuki melalui tetapan pelayar internet anda, atau secara langsung melalui alat pengurusan persetujuan kuki bersepadu kami.
12. Kewajipan Subjek Data
La adalah perlu bagi Syarikat untuk mengumpul dan menyimpan data peribadi pelanggan. Oleh itu, pelanggan diwajibkan untuk membekalkan data peribadi kepada kami dengan cara yang paling tepat. Sekiranya pelanggan tidak memberikan kami data peribadi, kami tidak dapat memproses data bagi pihak anda, memberikan perkhidmatan kami dengan berkesan, dan segala hubungan yang diwujudkan atau bakal diwujudkan antara kita akan ditamatkan dan terbatal serta-merta.
13. Hak-Hak Subjek Data
Sebagai subjek data, anda mempunyai hak-hak berikut di bawah Akta:
- Hak untuk Meminta Akses: Anda berhak meminta akses kepada data peribadi anda yang diproses oleh kami setelah memberi notis yang munasabah.
- Hak untuk Meminta Pembetulan: Anda berhak meminta pembetulan atau pengemaskinian data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, atau tidak lagi terkini.
- Hak untuk Mengehadkan Pemprosesan: Anda berhak mengehadkan pemprosesan data peribadi anda oleh kami dengan menarik balik secara nyata persetujuan yang diberikan sebelum ini, termasuk untuk tujuan pemasaran langsung, tertakluk kepada sekatan undang-undang atau kontrak.
14. Perubahan kepada Polisi Privasi
Kami berhak untuk meminda Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu. Kami menasihati anda agar menyemak laman web kami untuk Polisi Privasi ini secara berkala. Sila lihat notis privasi terkini kami di laman web notis privasi
15. Konflik Bahasa
- Keutamaan Bahasa: Selaras dengan Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Polisi ini dikeluarkan dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan, percanggahan, atau perselisihan antara versi bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai.
16. Pengakuan dan Persetujuan
Dengan berkomunikasi atau berurusan dengan Syarikat, atau dengan menggunakan produk, perkhidmatan, dan laman web Syarikat, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini serta bersetuju dan membenarkan penggunaan, pemprosesan, pendedahan, dan pemindahan data peribadi anda oleh Syarikat seperti yang diterangkan dalam Notis ini. Sebarang e-mel pemasaran yang dihantar kepada anda akan mengandungi pautan nyahlanggan automatik. Anda juga boleh menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa melalui notis bertulis atau dengan mengisi borang khusus di laman web kami.
17. Pertanyaan dan Aduan
Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut mengenai data peribadi yang kami simpan, atau jika anda ingin menggunakan hak anda atau membuat pertanyaan/aduan, sila hubungi wakil perlindungan data kami di:
- Nombor Telefon: +60 11-6565 3467
- E-mel: privacy@reic.my
- Alamat: P805 of Jalan FZ1-P8, Precint 8 Port Klang Free Zone/KS12, 42920 Pulau Indah, Selangor Darul Ehsan, Malaysia